Sabtu, 28 Mei 2011

Dunia Baru Yang Syurga Neraka

Aku tak nafikan hidup aku makin hari makin mencabar. Aku pun dah cukup TER-cabar dan TER-tekan dan terasa bagai separuh gila dgn sistem pembelanjaran maktab baru aku iaitu MRSM Balik Pulau , Penang. Bangga mmg la bangga dpt masuk MRSM.. sape yg tk bangge wehh??!! Tapi sistem pembelajaran maktab aku lain gilerr nak mampus dgn sekolah lama dulu..


Sebelum tu, gambar atas tu utk seseorg yang aku SAYANG sgt. bermotif & bersifat tersirat. tapi aku tk tau napa perangai aku mcm sial pd dia sejak kebelakangan ni. aq yakin dia anggap aku tk syg dia dah. tapi dia patut tau, aku tk pernah tk syg dia.

p/s: kalau rasa monster pink tu Comel. sila lah ambil gambar di atas! <3

jom teruskan dgn tajuk harini..

1. sistem MRSM sama macam dekat U? Sapa setuju , angkat kening~

Perbezaan ketara sebab.. kebanyakan subjek cikgu kami tk tekankan sgt.. Jadi terpaksa belajar sendiri.. Subjek yang paling aku minat iaitu Add-math & Math Mod yg kalau ada kelas Math mod & Add-math mesti belajar kat Dewan Kuliah. Dewan kuliah yg besar gedabak, bersama dua speaker besar terapung atas pintu masuk & air-cond melekat kt dinding menyebabkan kwn2 aku yg takde obesiti dan tak ada lemak berlapis sebagai selimut extra macam aku membeku masa kuliah..

Kan syok kalau peraturan kata

“anda dibenarkan tidur dalam dewan kuliah”

seriously kepala otak aku kadang2 tk dapat pick-up bila belajar kat dewan kuliah tu.. di sebabkan aku ni seorg yg pemalu teramat sgt, ape yg aku tak faham jgn haraplah aku nak pergi bertanya.. Jadi result exam selaras & semesta yang aku dpt pon entah kehape-hape.

pengajarannya janganlah korg jd budak BODOH SOMBONG mcm aku... btw (bahasa ringkas bdk muda) atau ‘walau bagaimanapun’ aku masih tak reti bertanya guru ape yg aku tk faham, dan tk reti meretikan diri untuk bertanya.. terasa ketar2 habis bila berdiri depan jabatan nak g tanya.

2. Aisha pendiam. Aisha suka baca buku.

Otak kaw selama hidup aku tk pernah2 aku berperangai sebegini. Sangat tk boleh belah kalau aku akui kat geng Zombie (geng zaman klasik aku) bahawasanya aku dah sah jd budak SKEMA yg suka baca buku tak kira masa , ikut semua 1001 peraturan maktab, dan dengar cakap cikgu setiap patah stiap rangkap dan setiap perenggan. Diorg mesti gelak gile2 sbb aku dikenali sebagai kaki gosib, mudah terpengaruh dgn dajjal2 kecik kelas belakang, tk terlalu senyap dalam kelas dan susah nak bukak buku kecuali buku Mathematics. Aku harap diorg tk gelak mcm yg aku bayangkan. kalau diorg gelak jugak, aku akan bawak diri dgn kesedihan aku yg bertambah-tambah bersama power spek mata aku yg semakin meningkat. =.=’

azam sebenar 2011 aq ialah nak cari ilmu ART sebanyak mungkin, tapi kne letak azam "aku tk sudi jd budak skema" sebagai azam ke-2 :)

Diorg kene faham jugak! Aku jd mcm tu sbb budak2 maktab aku tak faham pon ape yg aku ckp. Lepas tu ade yg dok kata , aku ni ntah papa & ckap ‘merapu’.

Sapa yang mkan Ais-krim dia terasa ngilu gusinye..

Aku Terasa~ jadi Aku ambil keputusan utk kunci mulut aku.. Simpan dalam hati sakit ni tuhan je tau.. Diam2 aku kat sana, hati aku masih berkata-kata dan sekarang ni aku ada sikap mencarot-carot dalam hati.. Kdg2 kalau kawan aku tk buat salah pun aku boleh mencarut kt dia(tapi dalam hatilah..) org pinjam selipar aku atau org letak baju atas katil aku tanpa minx izin pon aku rasa mencarut tahap gaban dgn perkataan yg ada kaitan dgn encik Khinzir. Kesian encik khinzir jd mangsa. Bila fikir2, aku rasa aku ni ade penyakit psikologi lepas duduk kt maktab tu Kot, BAHAHA! Eeerr Doakan aku tkde sakit cmtu.

Ngeri doe.

Kat maktab, aku mana ada kawan baik lagi~ KITEORG semua g MRSM lain2. Alat komunikasi penting (henfon) pon aku tk bawak, nak mengadu kt mama tk boleh. Kadang2 aku rasa hidup sorg2. Petang2 aku suka lari kat belakang bangunan Ibnu Sinar. Melepaskan tekanan. Kalau tkde Bella atau Peanut yg temankan, aq suka nanges sorg2. Dgn harapan ada seseorg yg boleh dtg gembirakan hati aku.

Banyak lagi bende yg aku nk merepek tp, takpelah ! tk pasal ada org yg baca yg kata aku ni ntah papa ckap ‘merapu’. Daaa~ aku na habiskan cerita korea Mygirl aq pastu nk smbung cerita ‘Dream high’ pulak ! ;PP

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum

    belajar dekat mana-mana pon sama.asalkan usaha lebih dan ada rezeki boleh juga berjaya

    BalasPadam
  2. thanks tina :') BTW, u can't understanddd..how stress i am.

    BalasPadam