Sabtu, 26 November 2011

Ketakutan Tahun 2012

Gambar kat atas ni hanya gambaran kiamat . Kenyataan sebenar kiamat lebih dahsyat. Hanya Allah yg tahu. Subhanallah !

Hidup ini rumit kan ? Kerumitan itu yg tunjukkan maksud sebenar kehidupan . Cha rasa cha antara insan yg bertuah . Tak taulah. Mungkin sbb Cha ni Gifted. Hidup mewah & senang. Dari kecik lagi cha dah kenal sape yg Pencipta Cha. Seriusly , its extra giving for me . Tenang bila igt Tuhan even Cha suffer with problems yg banyak dan setinggi Gunung Himalaya .

Ape yg ada dalam hati kite mana org tau kan ? Kdg-2 kalau kite senyum tk semestinya kite happy. Kalau kite buat baik kat org pulak, tk semestinye kite suke org tu.

Cha nk semua tau,cha bukan baik sgt . Nampak macam tk layak untuk nasihat org . Jahat, naughty & degil . It's me . Suke melawan ckp mama gn ayah & cikgu-2 . Rasa macam diri tu bagusss je . Korg pun same jugak kan ? Kalau melawan ckp suami , i belum nikah lagi . Cha tk ada kekasih. Lebih baik berkasih dgn Pencipta sebelum barkasih dgn yg Dicipta . Anyway, Cha harap cha boleh berubah dan buang segala sikap teruk tu . Di kesempatan ini Cha nak minx Maaf pada sapa-2 yg pernah cha lukakan hati dia. Lazimnya mmg sengaja nak sakitkan hati korg.

Kan cha dah ckp , Cha bukan Baik sgt ! hemmm . . :'(

Korang tau ?
Sebenarnya kan, kite semua bertuah!

Korang sedar tk kenapa Allah takdirkan korg lahir kat Malaysia ? bukan kat Palestin , Iraq atau tempat kelahiran idaman korang Bandar Fashion Bandar New York !! Korg patut bersyukur. Nikmat terbesar yang korang dapat ialah Islam. Bila cha tgk ramai yg kata dia Islam tapi gaya hidup macam kafir. Rasa sedih gile . Makin hari makin byk bende teruk . kenapa ? Makin hari umur kite semua makin meningkat . Lumrah setiap manusia utk belajar drpd kesilapan yg telah mereka lakukan . Itu sbb Tuhan kurniakan akal . Untuk manusia berfikir .

We hear you Palestine . But , we couldn't help you . why ?

Cha harap remaja-2 yg dah lupa diri kat luar sana kembali igt asal usul diorg. Takut sangat bila tgk diorg berpeluk-pelukan kat tempat awam. Tak takutkah dgn azab Allah ? Takut sgt tgk perempuan-2 yg rambut ber'karat' pink,biru,hijau dan ungu. Tak solatkah korg ? Takut tgk abg-2 kacak kat luar sane duk merempit tk igt dunia . Kalau mati , sempatkah minx maaf kat ibu ayah ? Takut jugak kwn-2 Cha tkde sorg pun yg ajak Cha solat lepas masuk waktu solat smpailah habis waktu. T.T . .Takut sgt tgk politik kat Malaysia ni yg dah nak terbalik & pemerintah-2 dok bolot harta je keje. Kite sebagai rakyat, tengok jelaaa kan kan. Tgk lah diorg duk jatuhkan antara satu sama lain. Mari same-2 kite ushaaa gerak-geri Anwar & pemerintah bangsa China Penang tu*err, ape nama dia lupe lah!* Diorg nampak mcm org yg jahat dalam akhbar Berita Harian kan ? Realitinya , Korg tau ke?

Look,see and smile. . Senyum! Tk perlu kata apa-apa ~

Pernah dgr atau tgk movie 2012? *aku tk tengok , sungguh . malas lah :)
Berlakunya kejadian yg dahsyat yg menghancurkan & membunuh sebahagian besar penduduk kat muke bumi .

Cerita tu . . dekat2 sama mcm tertulis dlm Al-Quran. Masa tu belum kiamat lagi. Cume Rasulullah SAW pergi bersabda , adanya satu masa berlakunya huru-hara atas muka bumi.

Betul ke yg akan berlaku tahun depan sama mcm tertulis dalam Al-Quran?
Kenapa ada kajian yg mengatakan waktu tu ialah 3 ogos tahun 2012 bersamaan 15 Ramadan (hari Jumaat) ?

Sape tak takut mati , cube angkat tangan !
Semua takut kan .


Silalah baca pasal hari kematian kite semua kat bawah ni . . I got it from my friend's wall!


kalau tk nampak klik lah ! =='

Jadi, fikir-2 kan lah ~
Apa pun yg akan terjadi, kite tkkan tau. Hanya berserah pd Allah .
Cha rase perkara dahsyat tu tkkan berlaku. Cha ada cite-2 bila dah besa nanti.

kepada yg lain, baliklah pd jalan yg betul. jgnlah korg dah nampak jalan lurus tapi korg gi meluru utk masuk jalan longkang! Mmg susah nak berubah, cha tau . Tapi yakinlah , Allah akan tolong org yg bersungguh-sungguh. Korg akan rasa Allah dekat je kat hati korg. Serius .

Cha tk kesah kalau cha mati awal.
Cha takut kalau lagi lama cha hidup , lagi byk dosa cha buat.

Bersempena awal muharam ESOK , mari kite doa same2.
Semoga Allah lindungi kite drpd perkara-2 keji .
Walau apepun yg terjadi semoga kite mati dgn bekalan yg cukup serta mati dlm iman.

Amin.

p/s: " Aku kene pastikan HARI INI lebih baik drpd semalam , ESOK lebih baik drpd hari ni dan hari-2 seterusnya LEBIH BAIK drpd esok "

Aisha, fighting-fighting !



1 ulasan:

  1. nak kasi tau . melalui post ni aku tk kata kejadian 2012 tu akan BETUL2 berlaku. korg kene tau kadang2 khabar mcm ni yg pesongkan kite. so post ni cume utk bagi kesedaran je. oke?

    BalasPadam