Khamis, 22 Disember 2011

Bila Diri Rasa Dihina Oleh Laptop Yg Tak Reti Bercakap



Tadi pagi , aku pergi bike ke pool . Lebih kurang 3km mengayuh tanpa henti . Boleh tercabut kaki aku sbb terpakse menampung berat badan seberat teett kg . Sudahlah body ni mmg jenis yg montel . Kalau aku jalan nampak macam itik kuning gemuk pulang petang je . Pipi lak bengkak sbb dipenuhi dengan lemak-2 berlapis .

Sape yg tgk aku mesti jeles , sbb aku ni comel sgt ! Comel lah ken punggung BESAR GEDABAK mcm tayar lori .





Masa mengayuh paling azab ! But anyway, stamina aku mmg tahap super duper , walaupun aku ni dikategorikan sebagai budak perempuan obesiti tahap 3 . Mane taknye , hari-2 aku jogging untuk turunkan berat yg tak reti nak turun-2 ni . Metabolisma aku rendah jadi tak mudah untuk aku turunkan berat badan . Metabolisma jadi rendah sbb aku kerap berlapar semata-mata nak turunkan berat badan . Tu cara yg SALAH untuk turunkan berat wahai Siti Aisyah ! Tapi , nak buat mcm mana . Bubur sudah dibuang dalam tong sampah, takkan nak pungut balik kan ?

Lebih kurang 40 minit baru sampai Swimming Pool . Fuhh !

Then , kat pool , macam biasalah adek aku, si Syitah Nuyya menjadi pujaan dan gilaian teruna-2 kat Pool tuh . Oke , aku akuilah yg adek aku mmg cantik sangat-2 . *aku tak bohong, dia cantik sgt* T.T

Aku tak heran time tga renang-2 tu ade sorg mamat hensem ni minx 6ber phone kat adek aku . Sirius , mamat tu mmg ensem . Aku ape lagi , semakin menjauh dari diorg . Selalunya kalu dah ensem aku pon join sekali . Tapi , mood aku tak berapa baik . Argh ! Berenang sejauh mungkin ! Dia bukan adek aku , dia takde kakak yg hodoh macam aku .

Respon adek aku ? Macam biasalah ! Buat bodoh jer . Tu la bende yg selalu dia buat . Kalu kawan-2 aku yg kene ayat , sikit je, alahai dah melting .

"Muke dia je hensem, tapi gatai. ." <--ayat Syitah Nuyya (==,)'
Haha , kan dah kene !

Hati-2 dgn Girl yg Cantik . Diam-2 dia , manis-2 senyuman dia untuk korg , dalam hati dia tk sorg pun tahu . Aku je tahu . Haha . :3


Ni lah adek aku ! Cantik bukan ? Ahaha . Percayelah engko .

Nak meng-ayat si adek mestilah kene ambik hati si kakak dulu . Aduh . Aku sakit hati bila dia kata umur aku mcm 19 tahun . Matured sgt kah aku ? Well, perempuan lebih sensetif hatinya bila ditegur oleh seorang lelaki . Oleh itu, kepada lelaki-2 , diharap-2kan korg boleh jaga percakapan korang bila berckp dgn perempuan . walaupun ape yg korg ckp tu kadang-2 tkde kaitan pun dengan GEMUK .

Hati mereka ni , walaupun BESAR tapi lembik setaraf dengan jeli . Sekali TER-Genggam dgn kuat , komfem berkecai !

*tu rasa terhina 1*

Oh malam , diriku terasa tersepi tatkala bulan dan bintang memunculkan diri . Kaki melangkah menatap dua dimensi rata yg bergerak-gerak tanpa kuasa elektrik . Ke kanan kepalaku menyondong , ke kanan juga gerakkan condong dia . Ke kiri kepala ku mengherot , ke kiri juga keherotan beliau . Lalu aku bertanya , MAKCIK GEMUK MANAKAH YANG BERDIRI DALAM CERMIN TUH ?


Malam nan sejuk beku ni, kebosanan terserlah ! Jadi aku pon gagahkan diri buka laman iklan Churpchurp yg terbaru pasal GAYA HIDUP SIHAT. By Kementerian Kesihatan Malaysia.
Aku pun insert lah maklumat yg dia minta kat Kakulator BJB tuh .


Siot doh ! Kartun tu macam perli aku je. .

Berat ideal = 52 kg. Aku perlu turunkan 20kg lebih untuk capai target tuh . Sesiapa ? Tolonglah aku ? Sebelum ni berat aku 91kg weh . Lepas aku turun secara mendadak terus dia tak mau turun-2 dah . Gembira tak terhingga hidup aku dibuatnye ! Sampai rasa nak menangis & melutut kat penimbang berat tu supaya tunjukkan yang berat aku bukan teett kg .




Haha . Ni aku berangan-2 je. Kekononnye , tinggi aku sama tapi aku masukkan berat idaman aku , 48kg . Wah ! Baju kaler biru . Suke Suke !

p/s: Aku despaired weh . . Yelah , jadi Gemuk ken boleh membunuh org yg melihat ? Ahaha .

5 ulasan:

  1. hahahhahaaa.. sama la kita... hahahhaaa

    BalasPadam
  2. HAHA . YEP . JOM BERUSAHA ! ^_^

    BalasPadam
  3. jom2... mulai esok nak boikot nasi... hahahhahaha (boleh cam tu???)

    BalasPadam
  4. Haha. Bukan! kite boikot semua makanan kecuali sayur & buahan HOHO..

    BalasPadam
  5. yang penting kan badanmu sehat...
    jangan terlalu dalam memikirkannya...
    aku sendiri, badanku terlalu kurus..
    tapi aku tetap menikmatinya..
    yang penting masih tetap sehat..
    ^^

    BalasPadam