Ahad, 5 Februari 2012

Sendiriku menanggung DERITA ? Tak! Kali ni aku akan heret kau sekali!


"memang ramai yang pegang HD Camera aku, tapi aku tahu sape yg ROSAKKAN!"


Setiap manusia memerlukan kepercayaan drpd org lain bukan ? Siapa yang tak sedih bila hilang kepercayaan drpd Ayah sendiri . Ni bukan kali pertama aku hilangkan kepercayaan ayah . Dah kali ketiga dah . Maaf ayah :'(


Kenape bende macam ni selalu jadi pada aku ? Jadi BAIK salah, jadi JAHAT pon salah. Aku dah diberi kepercayaan. Handy Camera milik ayah aku, aku bawa balik maktab. "Jaga HD Camera ayah elok-2!" Tu pesanan dari ayah.


Aku cume senyum; He really trust me! And,ofcourse aku nk kepercayaan ayah sampai mati! Azam aku, mestilah jaga handy elok-2. Takkanlah azam aku nk rosakkan handy tu supaye dpt guna DSLR pulak. -.-'


Aku gembira bila dpt rakam benda-2 yg terjadi kat maktab. Tapi, tak sesaatpun aku lupe ape yg ayah pesan. Ade kwn-2 yg nak pinjam Handy aku, aku teragak-agak! Aku tak pasti kenapa aku bodoh sgt time tu. Aku pegi bagi je diorg pinjam. Nah ! Aku dah buat bende yg sama mcm sebelum ni, bende yg kecewakan ayah aku. Ape yg aku ckp, jgn terhempas! Berulang-ulang-ulang-ulang kali aku cakap kat diorg! Sbb aku yakin bende tu bakal terjadi. DANNNN dannn dann, akhirnyaaa ia terjadi jua! Bodoh toi mereka.


Bila aku tau kamera tu dah mcm terhempas, jelas nampak rosak kat skrin kamera. Aku tanya sapa buat! Ambuihh. .Waktu tulah tak ada yg nk mengaku!, muke semua stail suci baru lepas balik haji, siap bersumpah-2 lagi. Lastly aku diam je.



Depan diorg aku masih senyum. Aku tengok, semua gelak-2 gaya makhluk halus tak bersalah. Gelaklah kuat-2 lagi. Ambik! Senyuman plastik aku,tanpa botox! Manis semacam je senyuman aku kat suspek-2 tu. Aku tambah gula pasir berapa guni ntah dlm senyuman aku. Bodo gile diorg. Bodo gile. Tapi tu depan-2 jelaa baik, kat belakang, ahaaaaa, mulut aku lancang lagi laser sampai boleh terputus jari. Bila kumpul geng perempuan ramai-2, duduk bersimpuh atas katil, bawah selimat, baru Syok nak memaki hamun sedap hati.



Sebak dalam hati ni Allah je yg tahu. Maaf dari aku untuk si perosak ? Cehh, kepale otak! tak ade! Dahlah merosakkan, then taknak mengaku lak. G matilah! Sampai hati , biarkan aku tanggung sorang-2. Aku kene marah sorang-2 dalam kereta lepas bagitahu pasal ni. F F F !! Aku bukan nak suruh diorang duduk sekali dalam kereta sambil kene marah dgn bapak aku. Aku cume nak dia bertanggungjawab. Tolong tengokkan mane tahu pro ke nak repair. T.T



Ayat ayah time marah, perghh cukup pedasss!! Tu nasib baik dia tgh bawa kereta tak pandang muke aku. Klu dia pandang lagi ngerii, boleh menangis aku time tu jugak. Sumpah, aku betul-2 terkejut bila ayah aku kata harga handy tu empat ribu somethingg. I thought it's just about Rm1500 or below.



Kemarahan ayah kali ni rendah sikit. Itupun sbb aku ckp maybe ade calar kat bahagian display skrin dia. Dia kata mungkin juga. Tapi, kalaulah ayah tahu. Kalaulah ayah baca blog ni. Kalaulah realiti sebenar terbongkar. . Kalaulah , kan ? Mmg hukuman aku ibarat hukuman gantung mati mandatori.

Sebelum ni, aku ade kamera. Aku memang jaga kamera tu elok-2. Seriously aku ckp! Kasar-2 aku pon , kelembutan seorang perempuan still ada dlm diri aku! Kamera Canon pertama (jenis biase) , berkecai dalam tangan kawan aku. Bukankah aku kata bende macam ni selalu terjadi pada aku? Teruk aku kene. Ayah lak tolong balingkan kamera tu depan aku, lagi sekali, kasi bertambah berkecai! Sedih-sedih. Ish-3. Malang sungguh walaupun ade hati yg mulia nak kasi kawan pegang. Tu pengajaran pertama.

Beberapa bulan lepas tu, ayah aku kesian kat aku. (Yela aku kan baik kan?) Ahahaha. Dia dgn lembut hatinyaaa belikan kamera jenis Cybershot , kasi kat aku. Itulah saat-2 indah nan berseri-seri dan penuh pelangi dalam hidup aku. Semua tahu, Cybershot Cam jenis yg cantik gaban bila masuk dalam komputer. Sayang seribu sayang kat kamera tu. Dah berapa ribu hari bersama kamera tu,adek aku lak nak pinjam. Macam selalu, nak bagi ke taknak bagi! Lastly bg je. Tapi dah agak dah. Kamera tu terus lesap! Mengamuk 3 hari 3 malam kat adek aku. Adek yg mane satu tak perlu tau. Adek aku letak kat kerusi time dia main Roller kat Taiping Sentrel. Lagi sekali aku kene dgn si bapak. Haihh, semua aku jelah yg dipersalahkan. Terima kasih,terima kasih!

Mase birthday aku, ayah hadiahkan camera kaler merah. Aku tenang sbb kurang sikit rasa bersalah. Tapi kali ni hati aku dah patah riuk dah dgn semua org. Aku STOP sukekan camera. Camera hadiah dari ayah masih ade lagi. Belum ada sape-2 yang rosakkan atau hilangkan oke? -.-'



p/s: tentang kes handy Cam aku,semoga org yg bertanggungjwb merosakkan lens HD Cam aku datang utk bantu aku sebelum aku kene maki hamun (untuk kali ke 5) dgn ayah aku yg garang mcm singa betina !! Tolong lah. Ni bukan kerosakan screen. Rosak tang lens kot. mahal gila weh . . T.T

4 ulasan:

  1. Sabar je la aisya , Ishh , geram betoll la dgn kwan ang tu , tak b'tggungjwab lngsung. It's okay , aisya kene kuat tw .. Keep smile babe :)

    BalasPadam
  2. Thanks org prihatin. Takpe la my dad dah ganti dah. Its okay.

    BalasPadam
  3. byk nya camera...xpe2..keprcayaan harus dijaga..jga biar ia terhakis walaupun sedikit..sedih bila bca entry ni

    BalasPadam
  4. kamera aku tk bape best lah haha *tk bersyukur*

    BalasPadam