Rabu, 26 Disember 2012

TIPS! Belajar mengawal stres

Salam wabarik pembaca blog Cha! Sihat ke dak? Kalau sihat alhamdulillah. Fuh, lama suda tak update blog. Bersawang labah2 dah blog ni. Cha agak busy , sibuk menyelamatkan diri daripada SPM The Killer. Killer sgtlah kan sampai menyebabkan aku dpt satu penyakit yg dipanggil penyakit stres.

Semua org pernah mengalami stres. Certain je yg tk pernah stres iaitu org gila. Happy sentiasa , senyum selalu kerna bahagiaaa~ Anyway before org tu mengalami kegilaan , selepas dia alami stres tahap yg melampau juga. Jadi anda mahu anda sendiri yg mengawal stres tu ataupun stres yg mengawal diri anda? Cha senaraikan beberapa soalan yg dikeluarkan Persatuan Kesihatan Mental Kebangsaan di UK utk nilai sama ada ekau org itu stres atau tidak.

Adakah masalah2 kecil mengganggu kamu lebih drpd sepatutnya?
Adakah kamu sukar berkawan?
Adakah kamu hilang keseronokan bila melakukan perkara yg dahulunya seronok?
Apa kamu hidup dlm kebimbangan yg tak semena-mena?
Adakah kamu risau mengenai situasi ataupun org yg dahulunya tidak mengganggu kamu?
Adakah kamu berasa sangsi dan mengesyaki org lain, termasuk rakan2 kamu?
Adakah kamu pernah berasa terperangkap tanpa jalan keluar?
Adakah kamu berasa segala kamu lakukan tidak mencukupi?

Sekiranya kebanyakan soalan berjawab 'Ya', mungkin kita alami masalah stres. Stres sebenarnya datang dari diri kita sendiri. Bagaimana otak kita berfikir membentuk stres. Buat masa ni, pengalaman Cha sebagai pesakit stres tahap kurang merbahaya (masih  normal dan terkawal okeh) Cha cenderung utk terganggu dgn hal2 yg kecil, sukar berkawan, dan murung. Berikut cara Cha tangani stres.

Masalah belajar: Untuk kurangkan stres Cha tumpukan proses belaja dlm kelas sahaja. So boleh la bahagikan masa kat benda yg cha suka. Tak perlu bertangguh utk bertanya guru dan tak perlu kerah diri utk faham. Whut? tak perlu kerah diri utk faham? Jangan salah faham. I mean, banyak bertanya. Pernah tak korg tanya soalan guru marah atau ada kawan2 yg mengutuk korg dari belakang? Dalam situasi mcm ni, kita akan alami desprasi dan sensetiviti yg sgt tajam. So,anggap je diri mmg lemah dan cuba terima kelemahan tu. Muka tak payah tak boleh belah sgt, cube gelak kecil bila rasa sukar atau org nampak kelemahan kita. Anggap kelemahan satu jenaka even first2 ia menyakitkan. Terima kelemahan tapi konstenkan usaha, insyaAllah boleh kurangkan stres.

Masalah keluarga: banyak berkomunikasi, berkasih-sayang, luangkan masa bersama. Sebagai anak, bila keadaan macam haru-biru elakkan terlalu menfokus pada masalah. Tukar topik segera. Bukan nak suruh jadi pelupa,tak ambil kesah atau tak sensetif tapi ambil masa utk faham antara satu sama lain atau cari idea utk buat situasi gembira utk ahli keluarga. Contoh: majlis hari jadi

Masalah produktiviti kerja: konfrontasi terus dgn pekerja yg berkaitan, kurangkan dengar benda yg dtg dari mulut ke mulut, minta pandangan bernas drpd org yg sepatutnya pasal kualiti kerja. Lastly,jaga perasaan org lain. Takut nanti depa main sihir. Tak percaya? Ingat semua org baik mcm korg?

Masalah kewangan: buat pembahagian kewangan. Sebagai contoh buat nisbah 1:1:4, nisbah 1 utk simpanan/perlaburan ,next nisbah 1 bagi amalan kebajikan, selebihnya utk dibelanjakan. Kebajikan kadang2 buat kita rasa lega. Buat kebajikan yg kita dapat rasa kepuasannya seperti bagi duit pada mak ayah, org buta, atau anak yatim. Nampak muka diorg happy adakala buat kite sendiri rase lege dan happy. Cubalah! Anyway this tips just only for org yg ada gaji bulanan tanpa tanggungan anak bini. Lain dr itu just create your own ratio.

Cha selalu pegang kata2 cikgu Joe,

 "saya anggap hidup ni mcm joke!"

Juga kata2 penulis kegemaran Cha, John C. Maxwell,

 "tak perlu anggap hidup ni terlalu serius"..

Dan kata2 yg motivate my ownself

 "let it be , atau dalam bahasa melayu lantak pi kat hang!"

Selain itu, sentiase buat baik, selalu bersyukur, dan rajin2lah main game. :) HAHA.

Nota kaki: Maaf artikel penulisan ini mempunyai pemikiran kanak-kanak.

2 ulasan:

  1. untuk mnegelak stress, pastikan diri kita yang mengawal keadaan, elakkan daripada keadaan mengawal diri kita :)

    gudluck... lepas dapat result nanti pastikan terus mencari ilmu :)

    BalasPadam
  2. terima kasih kotak mancis. nasihat yg memberangsangkn :D

    BalasPadam