Isnin, 27 Mei 2013

KENANGAN PLKN 1 (BINTANG-BINTANG REKAAN)

Bismillahir Rahmanni Rahim.
Assalamualaikum wbt.
Hai hai aku rindu korg! korg rindu aku? hehe. mesti tak kan! (hak puii)
Dah lame tak tulis blog, rase macam kekok sgt. Dari tingkap rumah, aku duk usha laa langit yg gelap. Taiping tak ade byk bintang! klu dekat plkn, malam2 mcm ni byk sgt3! jadi malam nan sejuk beku ni, tiba2 je mentol menyala, idea dah smpai! kali ni aku nak cerita pasal pengalaman aku mencipta bintang-bintang rekaan dekat plkn aku, plkn sri mutiara. C:

Bintang-bintang rekaan? what the hemo-hemo?
  photo 78f3a6d2-2010-4b41-a360-de632b40b299_zpsff620248.jpg
 
jarang-jarang aku tulis post blog tentang kisah hidup. post-post dulu pon banyak yg pasal isu semasa, tips dan fakta yg aku melalut macam burung pipit, murai, dan belatuk. Kali ni aku cipta kelainan, yang melanggar beberapa prinsip hidup aku tentang pengamalan privasi hidup ekstrem.
 
Okay, sorry melelong ke lain pulak! berbalik kepada tajuk utama. sejujurnya aku sangat sukakan bintang. *blink-blink* ade sound effect skejap. k malam-malam plkn aku , aku dan dua orang buddy aku (iaitu Ummi Shye dan Solehah Abdullah Yaniz) akan spend time melihat bintang2 berkelip-kelip. port kiteorg ialah kat tepi tangga, bilik rehat pelatih, dan tar jalan raya -.-'
 
"bila aku gembira, bintang2 muncul dengan banyak ! bila aku sedih, aku tgk ke langit, kenape mereka tak ade utk sembuhkan hati aku yang luka?" - kadang2 ingat balik ape yg aku cakap seorg diri, ayat tu yang buat aku rasa bintang2 kt plkn sri mutiara sangat special.

setiap malam aku takkan lepas utk tgk ke langit. memandangkan after kiteorg roll-call (periksa kehadiran setiap2 pelatih supaya tak ade yg hilang!) kiteorg akan balik ke rumah panjang kiteorg, atau dipanggil dorm haha, dan pasti akan lalu kawasan yang tak terlindung dr mana2 zink bumbung. membolehkan tengok terus ke arah ciptaan Allah yg cantik dan hebat.
 
Bintang-bintang rekaan......
 
baiklah, alkisah bermula apabila aku mencari peluang, untuk buat persembahan dalam majlis malam terakhir plkn sri mutiara. ulang suara, mencari peluang! sejujurnya masa perbincangan aku tidak diberi peluang (takguna!) untuk buat persembahan nyanyian, disebabkan ramai sgt pelatih yang nak menyanyi. Oleh itu, kuasa VETO Kak Mas aku gunakan utk buat juga persembahan nyanyian tu (kak mas yg atur majlis malam tu) walaupon persembahan aku tak tersenarai dalam list. tak ramai yg tahu aku akan buat persembahan, dan persembahan aku ialah kejutan kot. sbb ade beberapa jurulatih yang melarang disebabkan kesuntukan masa dan byk sgt persembahan berserta ade yg kata idea aku kolot! haha. T.T
 
"aku, nak lihat, bintang2 yang bergerak-gerak, dari atas pentas. aku nak lihat sgt!"
 
seriously byk dugaan melanda. antaranya ialah tak hafal lirik, partner persembahan tarik diri, partner takut untuk naik atas pentas, dan blackout yg mengganggu rancangan aku utk tutup semua lampu. tapi aku tetap nak teruskan plan yg aku cube utk buat. aku juga byk kali menangis, tapi ade kawan2 plkn yg bagi semangat dekat aku. semestinya niat aku nak cipta kenangan bermakna utk malam terakhir plkn.
 
idea kolot aku ialah, aku dan beberapa org pelatih yg berlainan bangsa (menggambarkan kami ni 1Malaysia) akan menyanyikan sebuah lagu sedih. lagu sedih kami bermesejkan sebuah pertemuan yg awesome kat plkn tapi diakhiri dgn perpisahan.
 
Tajuk lagu kami tanpa minus one : Perpisahan Ini by 1st Edition ft Aizat Amdan
 
ade satu part lagu, lampu tertutup. (mmg ade dlm plan) waktu ni gelap, time ni laaa aku rase mcm seronok dan bahagia sangat2. kesemua 7 org yg ade atas pentas akan keluarkan bintang2 dari poket diorg iaitu cahaya lampu suluh dari telefon bimbit masing2. dan waktu tu audience akan nampak tujuh bintang2 kat atas pentas. (malang gila lampu suluh phone aku rosak time ni) .. dan, ade pula sepakatan manusia naik atas pentas, utk tambah bintang2 atas pentas.

 
 
 
waktu ni aku ambik kesempatan utk suruh audience sendiri keluarkan bintang2 diorg dr telefon bimbit diorg. dari atas pentas, aku nampak banyak sgt bintang dalam dewan tu! lebih2 lagi aku berdiri atas pentas. haaa bintang yg bergerak-gerak dari atas pentas. cantik sangat2. kalaulah waktu tu aku boleh rakam, aku nak rakamkan semuanya. kalu waktu ni aku mampu ckp ape yg aku rase, aku nak semua pelatih rase bende yg same aku rase.betapa aku sayangkan diorg, betapa aku taknak tinggalkan diorg.




 photo 94faae35-35bb-4068-aac1-faf070f6728d_zps446e5d8d.jpg

lepas turun dr pentas terus meluru ke arah kwn2 aku, aku jd sebak sekejap. aku diam je lepas tu. dan aku agak keletihan. Mase atas pentas utk permulaan lagu, aku nampak cikgu2 tongkat dagu (sbb bosan&letih kot).. chineses dah tertido depan2 aku.. kesian tgk diorg.. lebih2 lagi persembahan aku ialah persembahan penutup dan the last. time lampu tgh gelap, side belah kanan aku (4) byk sgt bintang. sebelah kiri pulak(bahagian perempuan) sikit je bintang(5). aku igt sbb budak perempuan tak suka or tak selesa dgn persembahan tu, rupa-rupanya (ape yg disampaikan kwn2 aku) diorg sebenarnya ade yg menangis kat situ.
 
  1. guru2 plkn, permulaan lagu diorg menongkat dagu.. masa tutup lampu tak Nampak lak buat ape haha. habis je persembahan semua tgk aku lama2. cuak gak. haii, ape la aku merepek atas pentas aku pon tak berapa ingat.
  2. Area budak melayu dan chineses.. seriously muka diorg mengantuk teramat sgt.. ade juga yg muka pelik terpinga-pinga tgk kami atas tu.. ape yg aku risau takut diorg kata "cepat lah nak tido ! mengantuk dah ni" tapi Alhamdulillah takde dengar ayat tu. takut kene baling kasut je sebenarnya.
  3. TKP and dia punya sahabat handai ade kat situ. aku malu sungguh dgn diorg. ape lah yg diorg judge aku. buat poyo atas pentas mcm pentas tu pak aku punya T.T
  4. kat sini la yg aku kata byk bintang2, aku happy gila tgk, impian aku tercapai.. bersemangat..
  5. area perempuan yg kurang bintang2, walaupun bintang kat area  ni sikit, aku agak terkejut dgr area situ ramai melalak dah haha
  6. ade segerombolan Indians and malays kat area tapak adenya bendera-bendera... diorg duduk dlm bulatan sambil melayan perasaan kot. haha ntah aku dgr cerita drpd kwn2 aku..

nota kaki: maaf andai tersalah bahasa, terlanjur kata. post ni sampai disini sahaja, habis secara mengejut. hehe.
 


2 ulasan:

  1. chah u make me remember of everything..hope the relationship between us will never end..DAMN miss u girl

    BalasPadam
  2. huhuu, I miss you too la solehah! seriously, semua memori mcm tak hilang from my mind. Alhamdulillah had nice days with two special women in this world. ^^

    BalasPadam