Ahad, 18 Oktober 2015

PSIKOLOGI: "HIGH EXPECTATION"


HALUUYAAA. Assalamualaikum. Lama dah tak tulis blog. 
Dah bersawang labah-labah dah blog Sha nih (sebenarnya setiap kali tulis blog cakap macam ni hew hew). Kali terakhir melalut bak Kak Tijah Janda Murai ialah pada 18 Ogos 2013 dgn post yg berjudul Celebrate Raya bersama pelajar-pelajar ARCHITECTURE CFS IIUM

Lama tuh. 2013. Post pertama dan terakhir saat-saat yg cukup excited bila dpt masuk asasi UIA PJ. Tup tup , pejam celik pejam celik, dah 2015, dah habis dah asasi. Bila ekau berhijrah dari satu tempat ke satu tempat, mesti banyak perkara yg telah engkau pelajari.



*gambar sekadar hiasan*


Yeah, you'll learn a lot. Buat masa ni dekat UIA, tak jumpa lagi, tak rasa lagi pengalaman di atas. Alhamdulillah, hihi semua bayek-bayek. Tapi, mungkin akan rasa juga di alam pekerjaan nanti , hermmmm. So adik-adik lepasan SPM, jangan lupa klu tak dapat UPU bg first intake UIA, jgn risau ada sampai intake ke-3. Boleh buat rayuan ya.


Okay yg atas tu baru natijahnya. Post kali ni kak Sha ni nak sembang pasal psikologi. Kalau anda mendalami dgn lebih teliti, psikologi nih sgt ohsem klu nak dikatakan. Korang boleh tahu kelebihan dan kelemahan orang lain serta merta hanya dgn cara melihat cara dia respon beberapa perkara yg kita nampak sebagai normal kejadian alam. Selain itu, anda boleh lihat ia SENDIRI dalam diri anda tu sendiri. Anda juga boleh faham perkara yg anda tak faham, berserta menggunakan ilmu psikologi ni sebagai KUNCI untuk memberi semangat kepada rakan sekerja atau anak buah korang.

Antaranya ialah:

  • MENJAGA MARUAH DIRI
  • MAHU PERHATIAN
  • SUKAKAN PENGHARGAAN & SENTIASA MENGHARGAI
  • SIFAT TAKUT DITOLAK / DIPERSALAHKAN
  • MAHUKAN KESEMPURNAAN
  • DAN LAIN-LAIN

Mungkin korang pun ada salah satu drpd diatas, atau dua, tiga atau kesemuanya. Kalau nak sembang memang panjang. Memandangkan aku tidaklah arif tentang hal ini, aku cuma baca lebih kurang 3 buku buat masa ini. Tapi, sekiranya berminat, boleh je nak inbox aku untuk share ape yg aku tahu tentang psikologi. Dan sekiranya anda berminat, dekat UIA jugak ada satu course yg kita panggil Human Science (ala-ala psikologi) dan kebanyakkan hal yg aku tahu tu diorang belajar dlm subjek Communication. Tiga buku yang aku baca tu pon mmg berkaitan dgn komunikasi rumah tangga hik hik beli dekat MPH. And thats why aku faham kenapa ibu dan ayah aku selalu bergaduh tanpa sebab muhasabah yg boleh gapai logik akal.

HIGH EXPECTATION

Pernah dengar tak, untuk mengelakkan kekecewaan, sama ada disebabkan gaji masuk lambat.. Pointer terlalu rendah sampai rendahkan diri kita.. Result SPM ke laut.. Ramai yg selalu keluarkan pepatah trending ni

"Low your expectation.." 

"Rendahkan jangkaan anda.." 

atau mak-mak kita selalu pesan "jangan hang tu doh mengharap sgt kat si Leha tu dia tu anak org berada, kita ni apa je ada, ayam pon makan 3 bulan skali" *k abaikan*

Means, jangan terlalu memandang tinggi kalau tak nak kecewa. 

Berdasarkan pengalaman aku sebagai student di Pusat Asasi UIA, Petaling Jaya. Aku dikenali sebagai seorang yg mempunyai kelebihan dalam bidang seni (melukis, mewarna & lain-lain) Memandangkan course yang aku ambil di pusat asasi ialah course Architecture & Environmental Design. Jadi kebanyakan kawan-kawan lecturer akan anggap yg aku ni 'bagus' bak legend gittuw. Sedangkan hanya Tuhan saja yang tahu betapa banyak kelemahan yg aku ada. 

Disebabkan diorang terlalu memandang tinggi terhadap aku, mungkin terlalu tinggi, lalu bila mereka lihat betapa banyak kelemahan yang ada, mereka ibarat manusia yang ditolak dari gunung yg tinggi jatuh ke bawah. Mungkin sudah mati, mungkin jatuh pecah berderai kepalanya, mungkin juga masih hidup tapi lumpuh seumur hidup.

Rentetan yang tragis itu bermacam kecaman dapat, tapi aku hadapi dengan hati yg terbuka..
"You are the worst. Your portfolios are the worst. I don't expect this from you."
"Owh, pointer kau tak lah hebat mana.."

Kadang aku mempertikaikan, sedangkan ramai lagi yg mempunyai kelemahan seperti aku. Malah lebih teruk lagi.

Namun, tak pula semua psiko dan penghinaan mematahkan semangat untuk terus berjaya. Apa yang aku faham, aku masih belajar. Sakit dalam diri aku, sebab aku sendiri mengecewakan harapan orang lain terutama lecturer2. Pernah tak korang rasa ' loser, failure & betrayed ' ?

Boleh jugak kaitkan dengan peristiwa Hannah Montana vs. Miley Cyrus. Memandangkan aku juga salah seorang golongan Smiley (peminat miley), ramai peminat yg kecewa bila Miley Cyrus yang suci dan adorable berubah jadi seorang yang kasar & kurang adab. Ketahuilah bahawasanya kekecewaan korang tu datang dari expectation korang sendiri. 




screenshot dari instagram

Dalam hidup ini, banyak hal yang masih belum kita semua terokai. Expectation salah satunya. Mungkin pemikiran aku ialah pemikiran yang gila; Andai suatu hari nanti, bila seseorang dapat menguasai pemikiran manusia, maka banyak hal dia mampu kawal. Aku tak pasti apakah jenis psychological term untuk post kali ini. Harap juga pakar psikologi atau abg arcx13 boleh ulaskan? Mungkin, kalau diorang baca post ni. Mungkin, post ini hanya menjadi santapan musafir yg singgah untuk minum secawan kopi di tanah jajahan ni je, hehe. Apapun, aku bersyukur dengan semua yang jadi dan syukur sebab pass ke UIA Gombak dan dapat course Architecture mcm yang di-idam-idamkan. Walaupon hari portfolio adalah hari yg teruk bagi aku. Tapi kalau Allah nak bagi sesuatu hal, dia bagi. Manusia ini bagai boneka yang dimainkan Tuhan je. Banyak benda yang kita tak faham, in the end kita akan faham jgk.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan